Patung Hiasan Lagi ....
Salam semua
Entry kali ini adalah sambungan dari entry pertama dulu Di Sini mengenai patung hiasan. Entry itu mengundang banyak persoalan yang perlu lagi pada jawapan. Bertolak dari itulah ambo terus mencari jawapan. Dunia tanpa sempadan dengan kemudahan email/ web/ blog/ facebook ..ambo hubungi semua ustaz-ustaz yang ada blog/web/ FB untuk terus mencari jawapan terhadap hukum patung hiasan di dalam rumah. Antara ustaz yang ambo utarakan masalah patung hiasan ini melalui email/ FB dan mendapat respon ialah Ustaz Nik Nasri, Ustaz Mohd Khalil (Kadi Kluang), Ustaz Mohd Fauzi Mustaffa, juga Ustaz Kazim serta Ustaz Nor Amin. Semua menyatakan HARAM HUKUMNYA PATUNG HIASAN DI DALAM RUMAH! Ambo akan letak satu persatu di sini jawapan dari ustaz2 berkenan terhadap hukum patung hiasan.
Bakpo ( Kenapa) ambo bersungguh-sungguh sangat cari jawapan terhadap hukum patung hiasan ini ?? Ada banyak sebab:-
- Ada yang tidak puas hati terhadap entry pertama ambo mengenai patung hiasan. Klik Di Sini. Ada suara sinis yg cakap ambo ni lagak cam ustazah dan jeles terhadap koleksi patung mereka! Astagaaa ...
- Ada yang berkata kalau patung itu tidak penuh/separuh maka di bolehkan .. betul ker??
- Ada yang kata jika kita tidak mengagung-agungkan dan tiada niat nak sembah/puja hanya sekadar hobi dan dekorasi untuk mencantikkan rumah ..tidak jadi masalah kumpul patung2 ini.. betul ker??
- Ambo kendali satu ruangan di FB iaitu English Style Decoration Group ..ramai otai english home decor yang tempek gambar hiasan rumah mereka dan tak sah kalau tak ada patung di rumah.... malah ada yg bangga tunjuk koleksi patung2 mereka berupa itik/ayam/chef/bear dll...
Ini jawapan dari Ustaz Nik Nasri
Patung lengkap haram, melainkan tanpa kepala, atau kepala sahaja. Dengan lain perkataan, ia dibenarkan jika anggota badannya tidak menjadikan ia dapat 'hidup'
Ambo tidak faham dengan jawapan itu lalu bertanya apakah maksudnya... ini jawapannya lagi
tanpa kaki masih boleh hidup kan? tanpa kepala tak boleh hidup
Mengenai niat sekadar hobi dan dekorasi ..bukan tujuan untuk mengagung dan sembah patung itu.. ini jawapan beliau
bukan soal niat, tapi ada nas hadis, kemudian ada pandangan ulama tentang perkara yang haram ini. Niat melakukan yang baik sedangkan ia diharamkan tidak menjadikan sesuatu perkara itu baik. Dekorasi boleh tapi dalam lingkungan syarak.
Ini pula jawapan dari terhadap permasalahan yang sama oleh Ustaz Mohd Khalil (Kadi Kluang).
Kebanyakan patung tersebut hukumnya haram dipamerkan di dalam rumah. Bagaimanapun ada kelonggaran kepada permainan kanak-kanak. Sesetengah permainan kanak-kanak seperti tedybear berbentuk bantal, ada juga yang diharuskan.
Jawapan dari Ustaz Mohd Fauzi Mustaffa, melalui msg di facebook
1. Patung yang dimainkan oleh kanak-kanak sahaja yang diharuskan sekalipun ianya sempurna.
2. Patung yang sempurna yang dimuliakan oleh orang dewasa maka hukumnya adalah berdosa.
3. Patung yang tidak sempurna diharuskan apabila dipotong mana-mana bahagian badanya yang mana jika dimasukkan nyawa ia tidak akan hidup. Contohnya dipotong bahagian kepala.
Patung hiasan tak dibenarkan
sila rujuk Kitab Halal Dan Haram Dalam Islam tulisan Dr Yusuf Al-Qardhawi.
Ini pula jawapan dari Ustaz Kazim
haram..perhiasan patung dlm rumah adalah haram, muktamad walau apa niat sekalipun, mana boleh niat menghalalkan sesuatu yg diharamkan agamaDan ini jawapan dari Ustaz Nor Amin. Alahmdulillah panjang lebar jawapan dari beliau ..
Sebagai umat Islam yang mengesakan Allah swt, sepatutnya menjadikan Al-Quran, Al-Sunnah, Ijmak dan Qiyas ulamak sebagai pegangan hidup, supaya perjalanan hidup tidak akan tersesat jauh dari kebenaran Islam. Inilah yang dikatakan masalah kejahilan umat Islam sekarang ini yang dikenali sebagai Islam liberar atau sekular yang menjadikan tamadun atau budaya kehidupan barat sebagai idola atau cara kehidupan mereka tanpa menghiraukan perkara yang halal dan perkara yang haram. Sepatutnya sebagai umat Islam wajiblah peka dengan semua perkara yang halal dan haram, supaya pendidikan keluarga atau dirinya sentiasa berada dalam jalan yang benar. Jadikan Islam sebagai cara hidup yang jelas, Islam itulah agama yang membawa keselamatan dan kebahagiaan kepada semua umat di dunia ini.
Masalah meletakkan patung di rumah seperti yang ditanyakan oleh sahabat blogger saya di page tanyalah ustaz blog ini. Terlebih dahulu saya datangkan beberapa dalil yang mengharamkan patung perhiasa di rumah. Hadis Rasulullah saw yang bermaksud :
“Sesungguhnya malaikat tidak akan masuk ke sebuah rumah yang di dalamnya ada patung”. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Rasulullah sangat menegah umatnya meletakkan patung di dalam rumah mereka, kerana Malaikat tidak masuk ke dalam rumah orang tersebut untuk memberikan rahmat, kerana rumah yang meletakkan patung sebagai perhiasa ini seolahnya sepertimana rumah orang non muslim yang meletakkan berhala di rumah mereka. Hadis Rasulullah saw yang bermaksud :
“Sesungguhnya manusia yang paling berat seksaannya kelak di hari kiamat adalah orang-orang yang membuat patung-patung itu”. Dalam riwayat lain dikatakan : "Orang-orang yang menandingi ciptaan Allah”. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Allah melaknat dengan seksaan yang sangat berat kepada orang yang membuat dan meletakkan patung perhiasan dalam rumah dengan tujuan ingin mencantikkan rumah, menunjuk-nunjuk, kononnya kreatif, kononnya mampu membeli, bermegah-megah kerana mampu buat perkara yang haram atau sebagainya. Ini jelas dan dalil hadis yang terdapat di atas ini adalah merupakan dalil yang qat’i dan sahih tanpa dapat dipertikaikan lagi kesahihan hadis tersebut. Tiada alasan kepada orang-orang yang jahil mengatakan ada pendapat ulamak yang membolehkan dan ini merupakan masalah kontemporari atau 1000 alasan sekalipun untuk membolehkan perbuatan ini. Orang yang pandai-pandai merubah hukum yang telah di tetapkan oleh Allah dan Rasul, maka Allah akan memasukkan orang tersebut ke dalam neraka Allah.
Tidak salah orang yang menyimpan patung mainan anak-anak mereka di rumah. Rasulullah mengahwini Aisyah semasa umur 9 tahun. Rasulullah meletakkan patung mainan kepada Aisyah sebagai alat permainannya sewaktu Baginda tiada di rumah. Patung mainan ini bermaksud, patung yang dijadikan mainan anak-anak, bukan diletakkan di dalam cermin sebagai perhiasa. Patung mainan tersebut tidak dihormati dan dimuliakan.
Menurut Dr.Yusuf Al-Qardawi dalam kitabnya Halal dan Haram Menurut Perspektif Islam mengatakan bahawa :
1. Diharamkannya patung adalah demi menjaga kemurnian tauhid, supaya mereka tidak sama dengan kaum musyrik yang membuat patung sendiri kemudian disembah, bahkan dengan sangat khusyuknya. Walaupun ini bukanlah satu-satunya alasan.
2. Dilihat dari dimensi pematung, pematung menjadi angkuh, seolah-olahnya dia boleh menciptakan sesuatu yang semula tidak ada atau mencipta makhluk hidup dari benda mati. Diriwayatkan ada seorang pematung yang sudah bertahun-tahun membuat sebuah patung. Setelah selesai, dia begitu terpesona dan tergila-gila dengan lekuk-lekuk tubuh patungnya. Dengan angkuhnya dia mengajak patungnya bercakap : “Marilah bercakap. Mari bercakap!!! Oleh itulah, Rasulullah saw bersabda : “Sesungguhnya orang-orang yang membuat patung-patung ini kelak di hari kiamat akan diseksa dan dikatakan pada mereka : “Hidupkan apa yang telah kalian ciptakan”. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
3. Sepanjang zaman patung merupakan kebanggaan kaum borjuis. Istana dan bilik mereka dipenuhi dengan patung-patung yang beraneka bentuk dan bahan. Islam yang memerangi kemewahan, seperti emas, perak dan kain sutera, juga mengharamkan symbol kemewahan lain yakni patung di rumah orang muslim.
Kesimpulannya
Patung hiasan yang diletakkan di rumah orang-orang muslim adalah haram berdasarkan dalil-dalil yang diberikan di atas, sebenarnya banyak lagi dalil yang mengharamkan perbuatan meletakkan patung hiasan di rumah muslim. Begitu juga dengan masalah orang yang meletakkan gambar yang bernyawa di rumah mereka sebagai hiasan, untuk mengetahui perbahasan lanjut mengenai hukum meletakkan gambar hiasa di rumah sila klik di sini. Sebagai orang yang beriman kepada Allah dan Rasulnya, jauhilah dari melakukan perbuatan yang jelas di larang Allah, kerana orang yang tidak melakukan dosa dan melanggar larangan Allah akan diberikan ganjaran yang sangat besar dari Allah.
Baca lanjut Di Sini.
Kepada yang masih ghairah mengumpul koleksi patung hiasan berupa ayam/itik.chef dll, bacalah semua jawapan dari ustaz ini dengan berlapang dada.. jika tidak puas hati hubungi mereka .. janganlah kita terus memperlihatkan kejahilan kita dan kecetakan ilmu kita, atas nama hobi dan dekorasi hingga membelakangkan soal hukum hakam..kecuali jika anda tidak kisah dengan hukum hakam Islam anutan anda! Jangan terlalu ghairah untuk memenuhi konsep dekorasi english style maka kita meniru 100% cara orang kafir menghias rumah mereka..
Tepuk dada tanya iman..... jangan jadi bodoh sombong dan malu bertanya untuk mencari jawapan.. berlapang dadalah wahai kawan2 dekorasiku.. yang haram tetap haram. Sebagai org Islam jauhilah perkara2 yang dilarang oleh Allah dan RasulNYA. Sempena bulan ramadhan ini, muhasabahlah diri dalam menghias rumah agar tidak tergelicncir akidah kita...........
Tertarik dengan komen seorang rakan di FB mengenai entry ini ...
"rasanya semua dah tahu...cuma masih minat ..samalah dengan menutup aurat..semua tahu mendedahkan aurat tu haram..tapi masih ramai yg mendedahkan aurat....hanya iman yg membezakan semua itu...wa Allahualam..."
Tepuk dada tanya iman..nak layan minat atau nak penuhi tuntutan agama ...sebab minat ini adalah nafsu..nafsu ini pendorongnya adalah syaitan! Byk hal2 agama tidak dpt dilayan logik akal..melayu sekular skrg byk guna logik akal dlm hal2 agama utk puaskan nafsu (update 23/08/10)
Mesra Selalu












10 lovely comments:
ya Allah.. manusia sntiase lalai kak
bile d tegur cepat jep melatah
sy pon pnah terkena bile sy katekan insurans itu haram
nice sharing kak :)
insyaAllah akan da yg mmbuke mata ati nnti
Salam Mrs Nor,
Terimakasih di atas perkongsian ini..sebab tu akak dah lama dari dulu tak mahu beli pinggan mangkuk yang ada gambar binatang ..cuma collect yg bunga2 atau pokok2 aje..
dan tak pernah beli patung-patung hiasan...
ini salah satu hadis Sahih Bukhari berkenaan hal ini:
Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 1037.
Dari 'Aisyah, Ummul Mukminin r.a., dia mengkhabarkan, bahawa dia membeli sebuah bantal kecil yang bergambar-gambar. Ketika Rasulullah saw. melihat bantal itu, beliau berdiri saja di pintu tidak jadi masuk. Kemudian ku lihat di wajah beliau bahawa beliau benci. Lalu kataku, "Ya, Rasulullah! Aku taubat kepada Allah dan Rasul-Nya. Apakah kiranya kesalahanku?" Jawab Rasulullah saw., "Apakah perlunya bantal itu?" Jawab ku, "Saya beli untuk Tuan, untuk tempat duduk Tuan dan untuk sandaran Tuan." Sabda beliau, "Sesungguhnya pemilik gambar-gambar seperti itu bakal diseksa pada hari kiamat. Dikatakan kepada mereka, "Hidupkanlah apa yang kamu buat." Selanjutnya beliau bersabda, "Sesungguhnya rumah yang di dalamnya terdapat gambar-gambar tidak dimasuki malaikat. "
Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1688.
Dari Anas r.a, katanya: Aisyah ada mempunyai sehelai kain yang bergambar-gambar, diletakkannya menjadi tabir rumahnya. Nabi saw mengatakan kepadanya: "Hilangkan kain ini dari pemandanganku, kerana gambar-gambarnya sentiasa menganggu aku dalam solatku."
Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0221.
Dari Anas, katanya: "'Aisyah mempunyai sebuah tabir penutup sebahagian rumahnya. Kata Nabi saw. kepada 'Aisyah, 'Bukalah tabir ini, kerana gambar-gambarnya sentiasa tergambar bagi ku dalam solat ku. "
Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0220.
Berita dari 'Aisyah, katanya: "Nabi saw. pernah solat memakai baju bergambar-gambar. Suatu kali Nabi saw. terlihat kepada gambar di baju itu. Setelah selesai solat, Nabi saw. berkata, "Bawalah baju ku ini kepada Abu Jahm dan bawa kemari tukaran dari Abu Jahm. Baju ini melalaikan ku sebentar ini dari solat ku."
Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 1027.
Dan 'Aun bin Abu Juhaifah r.a., katanya: "Saya melihat bapa saya membeli seorang hamba sahaya yang pandai membekam, lalu saya bertanya kepada bapa. Jawab beliau, "Nabi saw. hanya melarang jual-beli anjing dan jual-beli darah kemudian beliau melarang pula mencacah dan dicacah, memakan riba dan memberi orang supaya memakannya, dan beliau mengutuk orang yang membuat patung."
nice info akak..
dpat gak tmbh pngtahuan..
bawu tahu hukum tntang patung2 hiasan nie..hehehe
miszTERRA_SF_ & aLya ~ memberitahu yg baik dan buruk adalah fardu ...
azzah... terimakasih atas perkongsian ilmu hadith2 itu..hargai sangat2..
sebenarnya ramai yg tahu hukum patung ini haram cuma masih minat dan layan minta tu sgt...spt kata seorang kawan di FB " rasanya semua dah tahu...cuma masih minat ..samalah dengan menutup aurat..semua tahu mendedahkan aurat tu haram..tapi masih ramai yg mendedahkan aurat....hanya iman yg membezakan semua itu...wa Allahualam..."
salam ziarah sekarang saya dah buang kod tersebut di ruang komen untuk memudahkan semua orang komen
http://www.ustaznoramin.com
W/salam Ustaz...
Terimakasih sudi ziarah blog ambo.. ok kejap lagi kita terbang ke blog ustaz tinggal jejak...
Salam,
Soalan anda telah di jawab
http://www.ustaznoramin.com
salam k nor ...saya tenaga pengajar art n design.. selalunya scupture yg betul2 cukup sifatnya atau lengkap dan betul2 serupa seperti ciptaan allah kami x galakan student buat..cth itik : yg real siap dgn bulu (walaupun bulu sekadar dipaint)... kesamaannya hingga kita x dapat bezakan dgn yg hidup ...x boleh.. tapi jika telah di permudahkan atau telah di mujarad kan ...ya itu boleh .... :D betul info knor ni..sangat berguna ..saya x simpan benda yg real dgn ciptaan allah haiwan atau manusia.. cuma yg ada yg telah dimujaradkan... tq k nor info yg berguna
Post a Comment