Patung hiasan

>> Tuesday, January 19, 2010

Salam semua....
Cantikkan koleksi-koleksi di atas tu.. Peminat deko english style pasti tergoda untuk memilikinya. Tak lengkap hiasan rumah english style tanpa ada hiasan-hiasan seperti itu. Dalam keghairahan kita menghias rumah mengikut citarasa english style kita tak sedar benda-benda ini adalah patung!

Saing-saing pengunjung setia blog ini mungkin sudah tahu, ambo suka mencari jawapan dari mereka yang pakar terhadap masalah jika ada was-was seperti isu bone china. Kali ini ambo nak berkongsi ilmu dengan adik kakok saing-saing semua mengenai keghairahan kita menghias rumah dengan benda-benda seperti dalam gambar di atas ...

Ambo telah berutus email dengan Ummu Haslina, iaitu isteri Ustaz Zaharuddin untuk bertanya hukum hakamnya dengan orang yang lebih berilmu dari ambo.. sebenarnya bukan hanya dengan dia ambo emailkan permasalahan ini tetapi dengan semua ustaz-ustaz yang ada blog ambo emailkan tetapi...hanya ini yang ambo dapat balasan... yang lelain tu on the way kot.

Inilah email ambo dengan Ummu Haslina
Salam saudari Haslina
Saya adalah pengunjung setia blog saudari. Sekadar ingin bertanya saudari mengenai hukum ini... mungkin saudari tahu dan dapat mencari jawapannya..Apakah hukum menyimpan patung berupa itek, ayam, chef atas alasan dekorasi/hiasan. (Sila lihat attachment)Trend sekarang org menghias rumah dengan patung itu.. ramai yg beranggap ia dibolehkan. Betulkah? Jika haram apa nasnya...

Saudari boleh tengok contoh2 patung yg org dok buat hiasan dalam rumah sekarang ini...tersusun cantik sebagai english dekoarasi style..kebanyakkan dari seramik.Teruja untuk menghias rumah dgn benda2 itu tetapi was was hukumnya.

Harap saudari dapat membantu

Terimakasih
MrsNor Wahid
Kota Bharu
Kelantan

Ini balasan email dari beliau ...

Salam, Nor.

Semoga sentiasa di dalam rahmat kasih sayang Allah SWT hendaknya.

Jawapan bagi persoalan tersebut :

Islam tidak melarang umatnya untuk menghiasi rumah agar cantik dan menarik seperti meletakkan jambangan bunga, hiasan pemandangan pohon-pohon menghijau dan lain-lain hiasan yang halal. Walaubagaimanapun, Islam menegah dari sikap berlebih-lebihan padanya. Hal ini termasuklah menghias rumah dengan patung-patung.. Firman Allah SWT yang bermaksud :

“Katakanlah, “Siapakah yang mengharamkan Perhiasan dari Allah yang telah Dikeluarkan-Nya untuk Hamba-hamba-Nya dan (siapa pulakah yang mengharamkan) rezeki yang baik?” Katakanlah, “Semuanya itu (disediakan) bagi orang-orang yang beriman dalam kehidupan dunia, khusus (untuk mereka saja) di hari kiamat.” Demikianlah Kami Menjelaskan Ayat-ayat itu bagi orang-orang yang mengetahui.” ( Surah al-A’raf 7:32)

Rasulullah SAW sendiri tidak senang jika seorang muslim memenuhi rumahnya dengan lambang-lambang kemewahan dan berlebih-lebihan atau lambang-lambang kemusyrikan.

Islam mengharamkan patung

Sabda Nabi SAW yang bermaksud :

“Sesungguhnya Malaikat tidak akan masuk suatu rumah yang di dalamnya ada patung.” ( Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Syeikh Dr. Yusuf al Qaradhawi mengatakan bahwa jika patung-patung yang tidak bermaksud untuk mengagungkan, juga tidak ada unsur kemegahan, maka Islam sama sekali tidak melarang dan tidak memandangnya sebagai dosa. Seperti permainan untuk kanak-kanak dalam bentuk anak patung manusia atau haiwan dan lainnya, kerana semua itu hanya sebagai hiburan bagi mereka.

Ummul Mukminin Aisyah RA berkata,

”Saya biasa bermain-main dengan anak patung di sisi Rasulullah SAW dan teman-temanku datang kepadaku, kemudian mereka menyembunyikan anak-anak patung itu karena takut kepada Rasulullah SAW. Akan tetapi Rasulullah SAW suka dengan kedatangan mereka itu, lalu mereka bermain-main denganku.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Didalam riwayat lain diterangkan,

”Pada suatu hari Rasulullah saw bertanya kepada Aisyah,’Apa itu?’ Aisyah menjawab,’Anak-anak perempuan ( anak patung perempuan )-ku.’ Beliau bertanya lagi,’Apakah yang ditengah ini?’Aisyah menjawab,’Kuda.’ Beliau bertanya lagi,’Dan apa yang di atasnya?’ Aisyah menjawab,’Itu kedua sayapnya.’ Beliau bertanya lagi,’Kuda yang mempunyai dua sayap?’ Aisyah berkata,’Apakah engkau tidak mendengar bahwa Sulaiman bin Daud mempunyai kuda yang memiliki beberapa sayap? Lalu Rasulullah SAW tertawa hingga kelihatan giginya.” ( Hadis Riwayat Abu Daud)

Anak-anak patung perempuan yang disebutkan di dalam hadis ini adalah anak patung yang biasa dibuat bermain oleh anak-anak gadis dan anak-anak kecil. Waktu itu Aisyah masih muda usianya ketika beliau baru saja bernikah dengan Rasulullah SAW. ( Rujuk : Halal dan Haram hal 116 )

Begitu juga anak-anak patung yang dijadikan bahan bantu mengajar untuk memberi faham kepada kanak-kanak. Maka ia dibolehkan.

Walaubagaimanpun, anak patung yang dijadikan hiasan rumah seperti contoh gambar-gambar hiasan yang ditunjukkan dalam lampiran emel tempohari adalah termasuk dalam larangan Rasulullah SAW, kerana ia menunjukkan kemuliaan terhadap patung-patung tersebut. Maka hukumnya haram dan perlu dijauhkan.

Wallahu'alam.

Semoga membantu ye :)

Salam ukhuwwah,
UMMU HUSNA99
Tidak puas hati dengan jawapan ini ambo sambung dengan pertanyaan ini ...
W/salam Haslina
Alhamdulillah..terimakasih banyak-banyak atas huraian panjang lebar. Ada orang kata ia bergantung kepada niat. Kalau niat kita tidak bermegah dan bukan utk dipuja patung-patung itu hanya sekadar hiasan maka ia dibolehkan. Benarkah pendapat ini? Sebab semua amal perbuatan kita bergantung kepada niat.

Sy tunggu lagi jawapan dari Haslina...
sekali lagi terimakasih..

salam mesra
MrsNor Wahid
Kota Bharu
Kelantan

Ini pula jawapan terbaru darinya..
Salam, Nor..

Menjadikan barang-barang itu (barang-barang itu merujuk kepada patung hiasan spt ayam,itik dan chef- nota oleh mrsnor)sebagai hiasan menunjukkan si empunya memuliakannya, sedangkan Islam melarang barang-barang itu dimuliakan. Jauhkan sebarang perkara yang memungkinkan kita termasuk dalam larangan tersebut dan buatlah yang benar-benar dihalalkan oleh agama.

Rasanya banyak lagi barang-barang hiasan seperti ukiran dan lain-lain selain dari patung-patung tersebut :)

Wallahu'alam
Entry ini mungkin akan mengundang kontroversi, sensasi, sindirisi or pelbagai si si yang lain. Pahit dan mungkin menguris hati sesetengah pengunjung setia blog ini tetapi ambo rasa ambo perlu buat entry ini juga. Ampun maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki jika entry ini membuat saing-saing terasa, tersinggung, terkecik ati, terguris perasaan atau meluap-luap rasa marah kepada ambo. Ambo sekadar menyebarkan ilmu. Dalam keghairahan kita memenuhi minat, jangan sampai kita membelakangkan hukum hakam agama.

ikuti  sambungan patung hiasan ini  di sini


Mesra Selalu



44 lovely comments:

TERATAK PUTERI January 19, 2010 12:00 PM  

salam k nor..trmaksih kongsi info2 mcm ni,bagus..sebab kdg2 kita tak tau/tak mau ambik tahu@jahil mende2 ni..ada jgak mungkin tk sengaja..jgnlah sebab minat kita terjatuh kehukum berdosa pulak..sbb tulah rumah saya tk da hiasan2 mcm ni..pggan mgkuk antik tu adalah sikit2..he..he..

MrsNor January 19, 2010 12:21 PM  

w/salam chah - terus terang akak masa mula2 terjebak dgn deko english style ni, memang berkenan sgt kat patung2 itek dan chef..malah akak ada beli 2 ekor chef. Tetapi suami tak kasi display sbb dia kata haram. Akak tak puashati akak terus mencari jawapan... hinggalah kini akak rasa akak boleh tutup terus keinginan utk hias rumah dgn patung2 itik, ayam dan chef setelah akak yakin ianya benar2 haram.

maklang azie January 19, 2010 12:21 PM  

alhamdulillah...tkasih mrs nor share info ni...
umah mklang memang takde saknika maknika patung ke, gambar ke, teddy bear ke...sbb pernah dgr Ust.Hassan Din bagi ceramah kat tv...malaikat tak masuk rumah kalo dlm rumah tu ada patung dan betapa ruginya kita jika umah kita malaikat rahmat tak masuk....pastu kalau permainan anak2 spt teddy bear ke, barbie doll ke.. tu tak perlu disusun sbg hiasan selepas ank main tapi masuk dlm kotak aje utk simpan tu adalah lebih baik..ni bukan mklang ckp tau...dgr ceramah agama kat tv..jadi jgn ada pulak yg terasa hati ...

kdg2 tu memang npk cute aje tgk patung itk, ayam, chef dan sbgnya kat umah orang tp kenangkan hukum larangan yg telah ditentukan Islam, ku batalkan aje niat yg tak baik tu kan..

tu la tu..kdg2 tgk rakan2 terlalu terikut ngan cara org Barat menghias rumah...boleh tu boleh tapi jangan le sampai diarang letak patung kita pun ikut sekali letak patungkan....fikir2kanlahhhh..dab renung2kanlahhh...

MrsNor January 19, 2010 12:29 PM  

maklang azie - dah lama nak buat entry ini cuma belum ada keberanian. Tetapi bila lihat semakin ramai kawan2 ghairah mengikut style org barat menghias rumah dgn meletak patung binatang dan chef atas nama dekorasi english style itu, terpanggil utk akak kongsi pengentahuan yg ada ini...

cam mak ngah azie katakan lah tu ...fikir-fikir dan renung-renungkan lah...rumah kita tidak dimasukkan malaikat rahmat angkara kealpaan kita sendiri

Salmi January 19, 2010 12:38 PM  

Salam kaknor, tima kasih kerana berusaha mendapatkan penjelasan yang sewajarnya berkenaan isu ini, memang kat umah sal pun banyakkkk patung2 itik nie, tapi sal dah simpan separuh..dulu kita beli sbb kita tak tahu bahawa walaupun bukan mengangungkan sekadar suka-suka dengan bentuk dia yang cute2, masih juga dianggap haram sebenarnya..wallahu'alam

♥ItaJeff♥ @Something To Share January 19, 2010 12:47 PM  

Salam Mrs Nor..
tq so much for the info, salute dgn mrs nor, bukan sekadar berkongsi barangan hiasan tapi juga berkongsi ilmu begini. Keep it up..

MrsNor January 19, 2010 12:52 PM  

Salmi - betul kata sal tu..kita beli sebab tengok ia antik, kiut miut tanpa kita sedar rupanya kita telah menyimpan brg yg dilarang oleh agama walau atas dasar dan alasan apa sekali pun.

MrsNor January 19, 2010 12:53 PM  

Itajeff - w/salam.Akak sekadar berkongsi ilmu. Terimakasih atas sokongan Ita

Shida Rahman January 19, 2010 1:33 PM  

ok nor, terima kasih..kerana sudi berkongsi.. Alhamdulillah...

My January 19, 2010 1:34 PM  

Salam MrsNor

Tq very much 4 the info. Dulu i berasa lega dgn bone china pun setelah masuk blog u. Kini isu ini pulak. i baru sj rancang nak beli itek gembo gembo, sama dgn gambar u tunjuk tu. Bila baca entry u ni, berasa syukur sangat2 duit tak sempat habis ke benda tu..

rossana January 19, 2010 3:09 PM  

tqvm mrs nor atas info yg sgt bergna ni...ambo dr dulu lg dh tahu mende ni..cuma dek kerana kelemahan diri & iman berada ditahap yg amat rendah, ambo tk berani nk bg pendpt...even during our sweet days kt forum dulu...bukan ambo tk suke esp ngan itik2 hat pakai skarf kain petak2 tuh...tp tu la mana yg kita boleh elak, elakkan la...ni pendpt 1cent ambo hat jahil ni laa...tq sekali lg...

Lady of Leisure January 19, 2010 4:00 PM  

thanks for sharing kak nor.. info ni sangat berguna...

princess January 19, 2010 4:02 PM  

bagus kak nor n3 pasal topic ni... buat peringatan kita semua..

syahir January 19, 2010 4:58 PM  

Salam kak, pening gak saya nak cuba cerapkan dalam pala otak saya ni. Sbb jawapan trip kedua tu kata pula "menjadikan barang2 tersebut sebagai perhiasan menjadikannya empunya memuliakannya" ?
Agak sukar juga saya nak telan, sbbnya , minta maaf dulu, saya suka menggantung keris kerana suka melihatnya, minat dan puas menatapnya. Tapi saya xsembah keris, saya x memuliakan keris. Saya minat, seronok, kalau saya simpan dalam lemari, leceh ler nak bongkar setiap kali nak tengok sbb keris saya banyak. Macam mana pulak tu? Atau saya yang xfaham nie?

MrsNor January 19, 2010 5:05 PM  

syahir ...
w/salam. maksud "menjadikan barang2 tersebut sebagai perhiasan menjadikannya empunya memuliakanya" adalah merujuk kepada patung2 hiasan iaitu itik,ayam dan chef yg akak tanya dia tu. Ia tidak termasuk dalam keris. Keris bukan patung hiasanlah dik.Itulah maksud jawapan trip kedua itu.iaitu barang2 tersebut adalah patung hiasan itik,ayam dan chef sebab itu yg akak tanya dia. Harap jelas

MrsNor January 19, 2010 5:07 PM  

shida, my,lady & princess - akak sekadar berkongsi info mana yg baik dan buruk agar kita tidak terpesong dari landasan agama dalam keghairahan kita menghias rumah dan memenuhi tuntutan minat

MrsNor January 19, 2010 5:09 PM  

rossana akmal - samalah kita. sejak dulu memang tahu sikit2 tapi tak berani untuk berhujag sebab ilmu kurang dan dalam masa yg sama nafsu bergelora utk mengumpul hiasan2 yg cantik2 tu..

nurazzah8 January 19, 2010 6:23 PM  

Salam MrsNor...

MrsNor dulu dia Miami ya? tahun berapa? Azzah di Ohio dari 1983 - 1989... tapi ada kwn2 Azzah dari Miami, dan rakan2 sekerja skrg dari Miami, mungkin MrsNor kenal mereka?

ok..berbalik kpd permasalahan yg MrsNor utarakan... sememangnya Azzah masih baru dalam pinggan mangkuk antik ini... tapi apabila menceburkan diri dalam pinggan mangkuk antik ini... Azzah cuba sedaya upaya tidak membeli pinggan mangkuk atau teko yang ada mempunyai gambar binatang(ikan, burung, naga dsbg)... cuma collect yg bunga2 atau daun sahaja...kerana selain pernah mendengar ceramah dari Ustaz dan juga hasil dari membaca buku2 agama...

selain dari itu Azzah pernah berjumpa hadis berkenaan perkara ini...nanti bila dah jumpa hadis tersebut Azzah bagi tau ya...

dan mainan anak2 patung anak Azzah selalu campak2 atau letak dlm kotak permainan... jika boleh jgn letak di tempat yg tinggi ...walaupun niat kita bukan lah utk memuja tetapi apabila kita meletakkan sesuatu di tempat yg tinggi seolah-olah kita memuliakan mereka...

Terimakasih dan bravo kpd MrsNor kpd meletakkan n3 ini...

p/s: nasihat kpd rakan2 decor Inggeris/cottage/country... kita boleh meniru orang2 Inggeris mendecor rumah mereka tetapi jgn tiru bab2 binatang ini...

MrsNor January 19, 2010 8:59 PM  

azzah - w/salam. Azzah di Ohio Univ eh? Kita ada ler beberapakali ke sana.. tapi bukan tahun azzah tu..tahun 2000 hehehe... sy di Miami hingga 2006. Sy bukan belajar di sana tp mengikut suami yg kerja dgn DOT.

Bagus nasihat Azzah tu sebab yg perati lately makin ghairah org kita tiru org barat hias rumah hingga abai aspek hukum hakam. Tapi kan Azzah selama sy kat Miami dan New Haven masa bertandung umah2 kawan2 red neck pure mat salleh tak ada pulak kat dlm umah mrk berhias bagai dgn patung2 ni..kalau kat taman ada ler..

Kak Ina January 19, 2010 10:37 PM  

tahniah buat mrs nor kerana mengutarakan persoalan patung2 tu .

Package January 19, 2010 10:56 PM  

salam kak nor
Tahniah juga utk kak nor kerana berani membincangkan hal ini. Kepada peminat2 english deko tu berpada padalah menghias rumah janganlah terlalu terikut-ikut dan taksub dgn cara org barat menghias rumah!

MrsNor January 19, 2010 11:40 PM  

Kak Ina & Package - sekadar panjang2kan peringatan dan pengentahuan utk dikongsi bersama.

adinda January 20, 2010 8:14 AM  

salam pagi kak nor

bagi saya, ramai yang tahu tapi buat-buat tak tahu. termasuklah saya. dulu adala dok letak itik dalam rumah tapi kalau setakat nak cantik sampai malaikat tak masuk rumah buat apa. bagi saya lagi tak yah ler kita berkata bergantung pada nit, kalau dah haram tu tetap haram.

MrsNor January 20, 2010 8:44 AM  

adinda - salam dan selamat pagi..wahh pagi2 dah masuk blog akak iyer..terimakasih. Akak pun gitu juga sempat terbeli chef 2 ekor, sib baik hubby akak bertegas, tak kasi display. Masa tu tarik muka jugalah..dah ler beli mahal2, last2 kena simpan dlm kotak. Sekarang baru faham2 sungguh knp hubby larang.

Betul kata adinda, buat apa rumah cantik tp malaikat tak masuk. Tapi ada org kata, bagusler malaikat tak masuk rumah nanti lambat mati sebab malaikat maut pun tak masuk hahahhaha...

Kak Ina January 20, 2010 10:35 AM  

malaikat maut tak tunggu masuk dalam rumah mrsnor...hehehehe

MrsNor January 20, 2010 10:44 AM  

kak ina - hahaha tp sebenarnya ada kisah disebalik kisah malaikat tak masuk umah ni. Pernah tegur seorg kawan yg life dia memang western abis (makluler kawin dgn red neck US)botol arak cam botol miniral dalam umah...sy tegur dia malakat tak masuk..tu ler jawapan dia bagi kat sy..bagusler nanti lambat mati sebab malaikat maut tak masuk juga... hehe gurau org jahil gitu ler kan.

zures January 20, 2010 1:28 PM  

Mujurlah nor pastekan kat sini blh berkongsi ngan kawan2 tentang hal ni. Saya sendiri pun kurang arif...dan sekarang telah mendapat jawapan. terimakasih sekali lg.

MrsNor January 20, 2010 1:34 PM  

zures - yg baik utk dikongsi bersama.Tapi ada jg org tak suka isu ini dibangkitkan, sob sob

Leya January 20, 2010 2:38 PM  

salam mrsnor....
mula2 tu leya pun dah terjebak same tp baru beli dlm 2 3 ketul patung2 tu....pakai beli jerk tak cakap dgn suami sbb nampak cantik....bila balik umah tunjuk dgn suami...suami leya marah dia kate nanti malaikat tak masuk umah....terus tak beli lagi. Walaupun cume gambar mcm ayam yg tgh glamer skrg nih...leya tak beli....skrg nih yg ade cume anak patung anak jerk...tu pun nak dimasukkan dlm kotak aje....tenang rasanya bila patung2 tu dah tak de....tima kasih mrsnor bg info yg teramat la penting utk sume....

MrsNor January 20, 2010 3:04 PM  

Leya - w/salam. Sama ler dgn akak...dah terbeli dua ekor chef hubby pun tak berkenan...biasanya apa aje yg akak beli utk dekorasi umah dia tak pernah tegur jauh sekali utk marah, tp bila beli chef tu bukan main lagi dia bersyarah..

tipulah kan kalau kita tak tergoda tengok koleksi patung2 ayam, itik, beruang,kucing, chef yg cantik. Nak sgt beli tapi tu ler ...

maklang azie January 20, 2010 3:59 PM  

Mrs nor, kalo org tak suka pasal n3 ni, biorkan aje...kita sekadar saudara sesama Islam dah jadi tanggungjawab kita utk bagitau apa yg sepatutnya...jadi terpulanglah kepada mereka nak terima or tidak..

tepuk dada tanya akal, bukan tanya napsu, kalo tanya napsu memang tak kenal erti cukup...heheh..

adinda January 20, 2010 9:29 PM  

malaikat maut tak masuk rumah lambat mati yeekkkk ... itu maknanya kita tak mati dalam rumah. mungkin accident, tgh jalan ke skrag ni havoc kes peragut sampai bawa ajal kepada si mangsa, mati lemas ke itukan kat ajal diluar rumah!

MrsNor January 21, 2010 8:30 AM  

adinda -- hehehe tu ler akak cakap lawak org tak berilmu... minta jauh ler mati cara gitu..moga dipermudahkan sakratul maut nanti

jariintanku January 21, 2010 11:40 AM  

Salam Mrs Nor..Kakintan sokong info2 yang berguna dan yang terbaik buat kita sesama Islam...sekurang kurangnya kita ingat mengingati...alhamdulillah semoga hidup kita semua diberkati olihNya didunia dan akhirat.

syahir January 22, 2010 12:03 AM  

owhh, begitu kak nor, terima kasih. Lapang dada mendengarnya. :)

MrsNor January 22, 2010 11:23 AM  

salam kak intam - terimakasih atas sokongan kak intan. Insyallah sy akan sentiasa mencari info agar hobi kita tidak membelakangkan hukum hakam

MrsNor January 22, 2010 11:25 AM  

syahir - gitulah kiranya... ni sahih dok bersembang selalu dgn keris-keris hehehe..ingat arwah ayah akak dulu, tiap awal muharam mesti mandikan semua keris-keris/lembing dia.

YANA January 27, 2010 1:00 PM  

salam mrs nor...
sonok akak wat n3 ni sebeno nye...dpt gak le,peminat2 patung ni berkongsi ilmu,memang patung2 ni diharamkan krn para malaikat tidak masuk kedlm rumah..menurut sesetgh para ulama juge,gambar2 kite cntohnye gambar perkahwinan yg menampkkan anggota yg cukup juga adalah diharamkan..waallahuaklam...mintk mrs nor bertanye pendapat tntg ini juge ye..hehehe...terime kasih..

MrsNor January 27, 2010 2:33 PM  

Yana - w/salam. Sekadar berkongsi info mengenai ini sebab akhir2 ini terlalu ghairah org hias rumah dgn segala patung binatang dan chef atas dasar dekorasi english style tanpa mengambil kira hukumnya. Yg dah tahu pun boleh buat buta hati atas alasan suka suka!

Pasal gambar ni, insyallah akan akak tanya nanti

Umisma March 7, 2010 8:28 AM  

tahniah Nor sbb berani meletakkan artikel mcm ni...most org just couldn't care less...

kakUmi nak tambah sikit lagi psl hiasan ni.
In one of Ustaz Dasuki's kuliah yg kakUmi ikut dulu, dia ada mention yg pokok hiasan hidup tak elok di bela/tanam/letak di dalam rumah.Sbbnya:pokok itu hidup, makhluk lain(halus) suka cling(bergantung) kat benda hidup yg lain.So baik saja pokok hidup tanam kat luar instead of dalam rumah.....

so maybe yr next entry boleh gak mention psl ni sbb kita nak jadikan rumah tu syurga kita kan, so kne la jauhi perkara2 yg boleh menggugat ke arah itu......

salam-kakUmi

Zalifah March 8, 2010 4:33 PM  

salam kak nor.. hai apa khabar :D

thanks kak nor for sharing..entry yang bagus.. dari dulu saya pun dah sedar pasal hal ni.. tapi tu la tak ada keberanian cam kata kak nor nak bersuara.. kadang2 rasa pelik gak bila sesetangah org kita berhias mengalahkan org barat.. sebab selama saya pergi ke umah teman2 di sana dulu tak pernah lak saya nampak patung2 ni dalam umah.. kat taman adalah.. emm.. entahlah...

Pnut March 9, 2010 4:11 PM  

kak,saya pernah mention perkara ni dalam satu forum, tapi sorang peniaga online menegur saya supaya remove perkara itu, kerana katanya ada customer dia dah order itik-itik, tapi kansel bila saya bangkit isu tu...

saya awal lagi memang tak der benda-benda macam ni, memang dah tau haram...

iema May 13, 2010 1:20 PM  

tu haha..baru terjawap apa yang tebengang dalam kepala otak. Selalu nengok dalam majalah wanita diorang dok interprem hiasan rumah terutama sekali kat dapur, mesti ada chef tu....bukan sorang dua...berorang-orang....nasib baik tak tergolong..nasib baik syukur alhamdilullah...
ooooo...salamelekom..saya ima....(lupa plak nak perkenalkan diri)

Pondok Nur Salam June 1, 2011 12:23 PM  

aslkm Kak Nor,terima kasih untuk info berkaitan deco ni..memang musykil juga.Nur ada jugak le beli on9 chef magnet ni,nasib baiklah Nur x beli chef besar saiz budak untuk letak kat entrance Kafe.ish..ish kalau tak mmg kna buang.Anak yg balik cuti sklah dari Mesir pun ada bawa 4 ukiran kayu dan banyak fridge magnet yg berbentuk muka.ni nur bagi bagi kat family terdekat.rasa bersalah jgak.Thxs Mrs.Nor..

Post a Comment

Tulis ler apa sahaja pun janji tinggal jejak. Semua tulisan anda di sini sangat-sangat ambo hargai. Terimakasih sudi tulis kat sini.

About Me

My Photo
Menetap Di Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Ambo isteri orang, mommy kepada seorang hero tunggal. Berjawatan "Menteri Perumahan" bertaraf Tetap dan Berpencen.Berminat dengan koleksi antik dan english home decoration.

My Lovely Hero

My Lovely Hero

Arah Kunjungan

widgeo.net
Tetamu Terhormat
SPEEDCOUNTER.NET - free counter!

Blog Archive

Who's linking here???

Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!

  © MrsNor Hobi Hobi dan Kehidupan by bazarkelantan.com 2009

Back to TOP