"memandikan" keris lembing ....
salam dan selamat pagi jumaat untuk semua
Moga penghulu segala hari ini, memberi keberkatan dan kesejahteraan untuk semua.
Pernah dengar keris lembing "dimandikan"? Atau ore Klate panggil "bacey". Entry kali ini nak cerita pasal "mandi" keris lembing yang selalu dilakukan oleh arwah ayah ambo . Masa arwah ayah ada, tiap awal muharam, semua keris lembing "dimandikan" olehnya. Semua keris lembing dibuang dari sarungnya dan direndam dengan nenas muda atau limau nipis selama beberapa hari. Tujuannya untuk menghilangkan karat. Lepas tu barulah dibasuh dengan air bersih , dijemur hingga kering, diasap kemenyangkan dan last sekali dilumur dengan minyak atar. Barulah ia diletakkan kembali ke tempat asalnya. Ambo kurang tahu bakpo semua keris lembing perlu "dimandikan". Tanya arwah ayah pun, dia cakap, "kita pun mandi..jadi samalah dengan benda2 ni, nak kena mandikan ia barulah ia segar!" atau ambo tak faham maksud tersirat!
Tapi sejak 10 tahun ketiadaan ayah, acara "mandi" ini tidak sangat dilakukan oleh ambo pewarisnya. Ambo bukan pandai sangat pun nak buat benda-benda ini. Rasanya dah lama keris lembing ini tidak dimandikan. Hinggalah semalam apabila seorang kawan memberi sebilah lembing yang karatnya amat sangat. Mengikutnya lembing itu warisan keluarga tetapi mereka semua tak nak jaga. Melihat pada karatnya lembing itu tergerak hati nak mandikan ia.
Inilah lembing yang berkarat itu
Alang-alang nak rendam hilangkan karat lembing tu, ambo pun "mandikan" sekali lembing-lembing lain juga ....
Senang aje kan? Rendamkan ia dengan nenas muda beberapa hari.. nanti segala karat akan hilang

Mungkin peminat setia keris Syahir tahu kenapa benda-benda ini dimandikan atau beliau ada cara lain untuk menjaga keris lembingnya. Nanti kita tunggu komen dari beliau...
Ini cara Syahir memandikan kerisnya ...Ramai saing-saing bertanya keris lembing ambo tu ada "tuan" ker tidak? "Mengusik" ker tidak? Ntah lah.. selama benda-benda ini duduk dengan ambo takdok ghapo ghapo pun. Kalaulah ia bertuan sekali pun, sahih arwah ayah dah buang semuanya agar tidak menyusahkan anak cucunya!
Salam kak nor, betullah cara akak cuci tu. Tahniah!
Saya suka guna mengkudu, atau nenas muda, atau limau kasturi, atau cuka makan paling koman. Yang penting berasid untuk mudah menanggalkan karat, axion pun boleh kalau habis malas. Lepas 2,3,4 hari rendam (ikut tahap karat) kita berus perlahan2 ngan berus gigi bagi tanggal baki daki karat, yang degil kita korek pakai lidi pelan2.
Dah bersih baru kita bilas ngan air takung (air bersih)air kena takung semalaman untuk buang klorin sbb klorin boleh rosakkan besi. Masa bilas saya pakai 3 - 7 jenis bunga bagi naikkan seri. Dulu2 xder span/sponge jadi dorang pakai ler bunga sebagai span, sbb bunga lembut, xrosakkan pamur dan menyerap air, bunga juga xkan lekat pada 'sembilu' mata bilah, kalau pakai span betul jenuh nanti nak cuci balik sbb span akan koyak dan lekat pada sembilu mata bilah.
Bila dan bilas bersih baru jemur kejap, sambil tu bakar bara buat perasap, kalau malas pakai hair dryer ajer, sama jer fungsinya, zaman dulu mana ada hair dryer, jadi kenalah bara/panaskan keris bagi betul2 kering. Sambil bara tabur setanggi jenis gaharu, cendana atau cempa untuk lekatkan bau wangi, bab bisa kita dah buat awal2 lagi masa rendam dalam asid buah tadi.
Masa bara xboleh lama, cukup hingga terasa puting keris/lembing panas, sbb nanti takut rosak sepuhan asal, bila dapat tanda ini (puting dah panas) terus sapu minyak keris spt cendana, cempa, gaharu ikut suka. Minyak ni berperanan sebagai perencat karat, kalau malas nak cari wangian, guna aja WD40 atau minyak singer, xpun spray clear aja terus, seumur hidup xkan karat. ehehehe :)
~ Terimakasih Syahir berkongsi cara memandikan keris... akak sungguh hargai ilmu Syahir
Masa berubah, fungsinya juga turut berubah... dulu ia lambang kegagahan dan keberanian, sekarang ia tidak lebih dari tinggalan warisan sejarah untuk dikenang, diingati oleh generasi baru..
Mesra Selalu

Nak tengok lembing itu lebih banyak KLIK DI SINI
KLIK DI SINI untuk koleksi senjata lama lain

6 lovely comments:
ooooo camtu yea keris dimandikan....weols pun ada gak keris tp dlm simpanan ayah weols ler...huhu
Hezesuze -- mungkin orang lain, lain pula caranya memandikan senjata ni... akak cuma ikut cara yg arwah ayah selalu buat aje...mesti byk keris dlm simpanan ayah hezesuze tu
Salam kak nor, betullah cara akak cuci tu. Tahniah!
Saya suka guna mengkudu, atau nenas muda, atau limau kasturi, atau cuka makan paling koman. Yang penting berasid untuk mudah menanggalkan karat, axion pun boleh kalau habis malas.
Lepas 2,3,4 hari rendam (ikut tahap karat) kita berus perlahan2 ngan berus gigi bagi tanggal baki daki karat, yang degil kita korek pakai lidi pelan2.
Dah bersih baru kita bilas ngan air takung (air bersih)air kena takung semalaman untuk buang klorin sbb klorin boleh rosakkan besi. Masa bilas saya pakai 3 - 7 jenis bunga bagi naikkan seri. Dulu2 xder span/sponge jadi dorang pakai ler bunga sebagai span, sbb bunga lembut, xrosakkan pamur dan menyerap air, bunga juga xkan lekat pada 'sembilu' mata bilah, kalau pakai span betul jenuh nanti nak cuci balik sbb span akan koyak dan lekat pada sembilu mata bilah.
Bila dan bilas bersih baru jemur kejap, sambil tu bakar bara buat perasap, kalau malas pakai hair dryer ajer, sama jer fungsinya, zaman dulu mana ada hair dryer, jadi kenalah bara/panaskan keris bagi betul2 kering. Sambil bara tabur setanggi jenis gaharu, cendana atau cempa untuk lekatkan bau wangi, bab bisa kita dah buat awal2 lagi masa rendam dalam asid buah tadi.
Masa bara xboleh lama, cukup hingga terasa puting keris/lembing panas, sbb nanti takut rosak sepuhan asal, bila dapat tanda ini (puting dah panas) terus sapu minyak keris spt cendana, cempa, gaharu ikut suka. Minyak ni berperanan sebagai perencat karat, kalau malas nak cari wangian, guna aja WD40 atau minyak singer, xpun spray clear aja terus, seumur hidup xkan karat. ehehehe :)
Saya prefer guna cara lama sebab caranya berpetua, keris pun tahan dan selamat. Sayang ke harta benda kakkkk.
p/s: kalau kawan2, akak2, abang2 rasa nak sedekah keris meh ler, saya tadahkannnn seluas stadium merdeka. Jangan ler buang ke laut. ahaks!
syahir - terimakasih sudi berkongsi ilmu mandikan senjata yg berguna di atas tu. Baru kak nor ingat, arawah ayah dulu pun guna bunga bunga juga masa perasab kemenyan keris2 tu...
sama-sama kak. :)
Assalamualaikum Kak Nor. Tahniah kerna blog yang menarik ini. Saya tertarik dengan variety koleksi kak especially senjata lama dan duit lama. Also terima kasih atas tips untuk cuci keris & lembing, bagus untuk application saya. Good Luck with the business & well done on the informative blog.
p/s saya juga collector tapi minat yang berlainan.
Post a Comment