good bye 2009 welcome 2010

>> Thursday, December 31, 2009


salam semua

sedar tak sedar hari ini khamis adalah hari terakhir kita dalam 2009. Jumaat ini tahun 2010 memulakan kalendarnya. Terlalu banyak kisah suka duka sepanjang 2009. Tiap yang terjadi adalah pengalaman yang mendewasakan lagi hidup kita.

Esok 2010 .. selamat tahun baru untuk semua pengunjung blog ini ... moga 2010 tahun penuh kejayaan untuk kita .... Tinggalkan semua segala kisah duka 2009, mulakan cerita baru kisah baru di 2010. Malas nak berazam-azam dah ... sebab planning tak sama dgn ketentuan! Yang pasti ...2010 ini dimulakan dgn koleksi ini ......... cik roy idaman hati Lain-lain akan dibuat sesi tayang menayang nanti hehehhehe biasalahhhh .... tak menunjuk nunjuk tak sah ... bukan nak menunjuk lah..sekadar kongsi koleksi aje ...tapi kalau org tafsir nak menunjuk-nunjuk nak buat camner .... lain padang lain belalang ... eh bukannnn lain jenama lain paternnya ...tu baru betul kan kan kan............kurangkan kontroversi tambahkan koleksi!

Selamat tahun baru sekali lagi utk semua............... welcome 2010 .


p/s ~ Salam tahun baru dari Kajang ..baru sampai Kajang dlm pukul 7.00PM tadi... maaf kawan2 tak boleh nak menyampuk kat blog u all nak wish happy new year,...berukband celcom slow ya amat kat sini..

Mesra Selalu

Read more...

Mangkuk oren

>> Wednesday, December 30, 2009

Salam dan selamat pagi semua

Hari ni terlebih rajin sebab terlebih masa..bangun pagi terus ngadap blog ni.... Pagi ni nak bercerita pasal mangkuk nastolgia ini. Mangkuk ni memang dah lama, seingat ambo maso ambo kecik-kecik lagi dah ada mangkuk ni. Memang lasak ler kat dapur. Ingat lagi time makan bubur ker, pengat ker, mangkuk ni ler kami guna. Dulu rasanya banyak... lor ni tinggal 5 biji aje... belek belek kat belakang tu tertulis made in USA... Mangkuk ni simple aje ...kaler oren dgn ukiran simple jugak..tak cantik mana pun.Tapi melihat magkuk tu nostalgia lama tiba tiba muncul dalam ingatan.. time bulan poser mangkuk ni tak ada istilah rehat ... hari hari kena hidang makanan untuk kami... kini mangkuk ni dah berehat panjang...tidak ada siapa menggunakannya lagi .... Dulu-dulu ada set cawannya. Sekarang dah ilang ntah kemana...

Begitulah putaran hidup... ada masa ia berguna ada masa ia hanya tinggal jadi hiasan!




Mesra Selalu

Read more...

Give Away Barangan Antik

>> Tuesday, December 29, 2009

Salam semua saing-saing


Buat pertama kali, ambo ingin membuat giveaway. Insyallah akan menyusul nanti giveaway barangan antik dan giveaway barangan dekorasi english style. Untuk pertama kali ini, ambo mula dulu dengan giveaway barang antik berupa 6 biji bekas kuih lompang dan 2 sudu dari bunga kangkong. Harganya tidak seberapa dan ambo tahu saing-saing antik dah ada semua benda ni tapi dengan sokongan tidak berbelah bagi dari saing-saing semua terhadap blog "budu" ambo ni, giveaway ini adalah tanda terimakasih ambo kepada anda semua.

Syaratnya mudah... terbuka kepada semua pengunjung blog ini... yang tidak ada blog sila tinggalkan email anda untuk mudah ambo hubungi nanti. Anda hanya perlu meninggalkan komen di bawah post ini. Ingat di bawah post ini! Komen di shout box tidak diambil kira. Tarikh tutup adalah pada 11.30 PM hari khamis 31hb disember 2009 ini.

Hanya 1 orang lucky winner. Pemenang akan dipilih melalui random.ong. Pemenang akan diumum pada hari Jumaat ... 01/01/10 ini.


Peringatan : Sila tinggalkan komen di bawah post ini, Komen di shout box tidak diambil kira.




Mesra Selalu

Read more...

Nak buat apa benda-benda ni???

>> Monday, December 28, 2009

Salam saing-saing semuo

Tentu saing-saing antik ada benda alah ni...ambo tok tahu orang pangey ghapo (panggil apa) benda ni, juga tak tahu apo guna benda ni... buat minum teh ker?? atau buat acuan apam??? Ambo ado banyak ler jugok benda ni ... hingga tak tahu nok buat ghapo doh...

Ni sebahagiannya yang ambo terajin snap gambar...
closeup bungamya... ambo ado teko bunga ni
Bunga twin rose ni cantik ....yg ni pun ada tekonya
Ini pula nampak corak kecinaan sikit..
Corak bunga kangkong lagilah banyakkk.....semua benda ni ambo ambik umoh tok tuo (mertua) lamaa dulu... Kalu buleh kor adik kakok nak buat ghapo benda ni???




Mesra Selalu

Read more...

Teko Aladin Bunga Sakura

>> Sunday, December 27, 2009

Selamat Petang


Menambahkan lagi koleksi teko. Teko aladin bunga sakura ni saing-saing antik dah lama ada. Ambo jah baru buleh aladin sakura ni. Sebabnya nak cari murah sangat hahahaha... dah berapa lama dok intai dengan penjual dalam tenet ni..semua cecah RM90 - RM100 harga utk teko ni...hehehe ambo tok dok pitih nok beli wehhh mahal-mahal sangat... Akhirnya pencarian dan penantian berbaloi-baloi bila dapatlah teko semurah RM40 jah! Dapat dari kenalan ambo tau bukan di kedai apek... hehehe



Mesra Selalu

Read more...

Leganya dah sampai umahh

>> Saturday, December 26, 2009


Salam adik kakok saing-saing smuo

Apakabar semua? Lamanya tak menulis blog biarpun hari2 jenguk sepanjang masa jalan-jalan minggu lepas. Tapi keslowan "berukband" mematikan sama sekali keinginan nak menyapa di blog saing-saing apatah lagi nak menulis....

Alhamdulillah selamat sampai umah pukul 3.00AM tadi setelah bertolak dari Kajang pukul 8.00PM. Hujan sepanjang jalan ... letih masih terasa tapi hati melonjak-lonjak nak update blog. Percutian kali ini tak seronok pun... sebab banyak hal yg diluar dugaan berlaku masa bercuti.. Hari bertolak dari KB sabtu 19hb dec tu kami meredah air banjir di Kuala Krai...dah ler jalan jam hampir 2km.. lepas tu kena mengharung air lak.. pergi pun dalam hujan, balik pun dalam hujan. Cuma bezanya pergi meredah air banjir..balik sib baik tak meredah banjir. Dalam perjalanan balik malam tadi sampai di Raub bertembung satu kemalangan maut... ngeri tengok...mayat masih terlentang di atas jalan raya.. jalan licin, gelap..masing2 nak bawa laju..inilah padahnya

Hajat di hati nak join geder2 geng2 dekor dan antik di Amcorp Mall juga tak kesampaian. Jeles ya amat tengok gambar kemeriahan geder2 geng2 blogger di blog masing-masingg... Moga suatu hari ada jodoh dapat bertemu lagi ... untuk Yatt dan geng blogger yg gader ari tu, ambo minta maaf banyak2 ler sebab keadaan tidak mengizinkan. Cuma sepanjang cuti-cuti sempat jugalah jumpa kawan-kawan lama masa belajar dulu. Masa dulu semua single mingle muda trang tang tang ...sekali jumpa lor ni semua dah bekeluarga ... size body pun semua dah berubah hahaha aduhh masa cepat sungguh berlalu..



Mesra Selalu

Read more...

Pinggan pemberian orang

>> Friday, December 18, 2009

Salam semua

Selamat pagi jumaat dan maal hijrah untuk semua. Hari jumaat penghulu segala hari penuh berkat permulaan tahun baru umat Islam. Moga hijrah tahun ini membawa lebih kebaikan untuk kita semua.

Pinggan ni juga adalah pemberian orang pada ambo... muroh sungguh rezeki ambo akhir-akhir ni. Walaupun ambo tok brehi sangat kolek pinggan, tapi sebab pemberian orang, ambo ambik. Rezeki jangan ditolak tauuu .... pinggan ni semua saing-saing antik ado doh... ambo pun ado beberapa biji pinggan nasi...tapi pinggan bujur ni meme (memang) takdok lagi... tapi kalu perati molek2 bunga antara dua tu berbeza ...
Hmmmm harap harap esok lusa ado lagi ler orang nak sedekoh barang kor ambo ...hehehe

Ok saing-saing blogger...kalau ado jodoh kito jumpo di Amcorp Mall ahad ini ... insyallahh


Mesra Selalu

Read more...

Salam maal hijrah 1431

>> Thursday, December 17, 2009


Salam semua

Sedar tak sedar esok kita melangkah ke tahun baru dah.. makin bertambah lagi usia dunia, makin singkat pulaklah usia kita. semua sedia maklum dah doa akhir tahun dan awal tahun.. insyallah tidak lupa nanti iyer lakukannya...

Harapan untuk tahun baru ini :-
  1. moga tahun baru 1431 ini lebih baik daripada tahun 1430.
  2. moga setiap amal kebaikan sentiasa mendapat keberkatan-Nya.
  3. agar tidak lalai menunaikan tanggungjawab terhadap-Nya dan sentiasa mengingati akhirat.
  4. Juga tidak hanyut dalam syurga duniawi.
  5. moga saling menyayangi dan menghormati sesama makhluk kerana kita semua adalah hamba-Nya.
  6. moga saling memaafkan dan menerima kesilapan sebagai pengajaran.

Semoga doa dan harapan kita menjadi kenyataan.
Aminn...


Mesra Selalu

Read more...

Koleksi Periuk Tembaga

>> Wednesday, December 16, 2009

Salam smuo

Antik tembaga pun lamo dah ambo tok wat (tak buat) N3... tadi alang-alang kemas kabinet, nak susun semula isi dalamnya...ambo pun ambil ler gambar nak tunjuk koleksi periuk tembaga hok ado dale (dalam) simpanan ambo..tok bayok ( tak banyak) mano pun ado beberap ketul jah .. tapi keunikan bentuknya buat ambo terus simpan periuk-periuk ni... ambo buke (bukan) hanya kolek dan simpan antik pinganmangkuk, tapi bayok bare (barang) lamo hok ambo simpan jugok..

Meh kito tengok periuk-periuk tembaga ..dah lamo usianya, dek kerana tuan yg menyimpannya malas nak polish selalu... berkarat dah ia dimakan usia hehehe ..

Hok ni unik pada pemegang tudung dan tepi periuk
Teropong atas tu apa bendanya .... binatang apa tu ???
Kat tepi periuk pun cantik ukiran walaupun simple
Yang ini semua sama bentuk cuma saiz berbeza ....
Lagi bentuk periuk tembaga
Yang ni dah uzur sesangat ...bertampal sebab bocor ...
Periuk yang suatu masa dahulu begitu berharga pada masyarakat Melayu, lambang status sosial masyarakat ... kini terpinggir jadi barang hiasan .... masa berubah peranan juga berubah! Walaupun begitu akan tetap disimpan ia sebagai warisan sejarah untuk tatapan anak cucu..



Mesra Selalu

Read more...

Hitam itu menawan!

>> Tuesday, December 15, 2009

Salam

Betul ker ite (hitam) tu menawan?? Teringat dailog citer Dayang Senandung "dah ler hitam, berkilat pula!" Dailog ni sesuai bebenor untuk teko ambo ni ... hitam berkilat tapi menawan tauuu. Cett perasan sokmo...kalu hok dio takdok hok tok comey hehehe

Teko ni juga adalah sedekah saing ambo ... dio memang tok brehi simpan bendo2 lamo...jadi dio beri lerr kor ambo.... walaupon sebutir jah dan kecik pulak tu, tapi ambo takdok lagi teko ni .... kaler bunga kuning, biru tu menyerlahkan lagi teko ni ..

Cantik dalam kelasnya tersendiri...
Kalu tok comey pun, keno kato comey jugok sebab hok oghe buwi kena hargai...



Mesra Selalu

Read more...

Tureen kecil putih mulus

Selamat pagi semua

tureen ni adalah pemberian saing ambo ...putih mulus kalernya ... tanpa sebarang bunga cuma ada gold line. Tu pun dah pudar kalernya. Walaupun simple tapi ia menarik bagi ambo. Bentuk ia menarik pada mata tuo ambo... cuba perati kat pemegang di penutupnya dan di tureen tu sendiri..cantik kan bentuknya....
Rezeki jangan ditolak..... yang datang bergolak kita ambil , yang datang melayang kita sambut.. betul tak????



Mesra Selalu

Read more...

Kacip Pinang Antik

>> Saturday, December 12, 2009

selamat malam adik kakok

Serro (rasa) lamo sungguh ambo tok buat n3 pasal antik ni... sebenarnya malas nak buat tubik (keluar) benda2 antik ni dalam almari untuk snap gambar ... ni atas permintaan En.Ahmad yg SMS nak tengok kacip ni, ambo buat N3 ni ... ambo takdok bayok mano pun kacip pinang ni...hanyo ado 2 ketol jah... semua dah berkarat.

Kacip bawah ni bahagian kepala tu ada bentuk unik sikit... bahagian pemegang pulak telah dibalut denga perak ... tengok kat tengah tu dah berlubang. Tak pasti lubang sejak asal atau sebab karat. Kacap ni dari besi bukan tembaga

Kacip bawah ni juga dari besi ... kat tengah juga ada lubang, juga tak pasti semulajadi berlubang atau sebab karat.
Dahulu ia amat berguna, sebab pemakan sireh begitu senonim dengan masyarakat Melayu zaman dahulu ..Kegunaannya sebagai senjata mengupas pinang untuk makan sireh begitu penting. Masa berubah, peranan ia juga turut berubah.. sekarang jadi barang hiasan sahaja penuh sejarah tersendiri.



Mesra Selalu

Read more...

hampir 4 hari dunia tanpa sempadan berhenti!

salam adik kakok


Aduhhhhhh geram, sakit ati, marah serba serbi rasa bercampur gaul ... hampir 4 hari duniaku berhenti! Bisnes internet terganggu! Nak check kastemer bank in duit tak dapat, nak check email tak boleh. Nak santai di blog langsung tak dapat! Bosan sungguh hidup tanpa internet. sunyi sungguh rasa tak boleh sentuh dunia dengan hujung jari! Tu jah hok ambo buleh simpul. Sejak rabu tengahari, line internet tak ada langsung ... kat moden tak nyala langsung lampunya ..

Cuba perati lampu kat internet di modem tu ...padam terus
Mulai hari rabu hingga ke petang tadi, bermulalah episod "berperang" dengan TMnet. Laporan demi laporan dibuat ... hari pertama laporan dibuat ... operatornya cakap
Kerja-kerja baik pulih sedang dijalankan di kawasan puan...kami ada masalah di port dan akan dibaik pulih secepat mungkin
Malam tu layari internet dengan "berukband" celcom slow nak mampuh! Buat sakit ati aje ..kejap kejap kena disconnect, lepas tu connet balik... aduhhhh baik tutup pc

Esoknya khamis keadaan masih sama... lampu internet kat moden tetap tak nyala .. Khamis tu sekali lagi laporan dibuat... jawapan tetap sama ....
ganguan port, kerja baik pulih sedang dijalankan
Berapa lama kerja baik pulih ni??? Esok jumaat sahih tak kerja. Betullah seperti dijangka, hari jumaat pun internet tetap tak ada! Org TmNet called, mereka akan hantar teknisennya esok. Tak per kita tunggu esok...kita tak kemana-mana..

Hari ini sabtu..masuk hari ke empat. Kesabaran ambo dah sampai kemuncaknya ... tunggu teknisen yg kata nak dtg tak sampai-sampai... kalau sebelum ni lampu kat moden tak nyala tengahari ni , ia nyala tapi merah! Sama juga ... masih tak dapat akses internet

Peratikan lampu merah kat internet tu
Pukul 12.30PM sekali lagi called TmNet.. kali ni bukan lagi dgn nada lemah lembut tapi nada "berperang" dah.. habis sudah kesabaran melayan janji dan harapan yg diberi oleh operatornya.. aduhhh kena laser habis operator tu ... tapi sebab hati dah geram, marah dah tak boleh control dah bila kastemer SMS suruh check email, suruh check order, suruh check bayaran... tapi kami tak boleh buat semua tu. Hati siapa tak marah!! Setelah habis lepas "tembakan" kat operator tu, lebih kurang jam 5.00PM, barulah internet pulih sepenuhnya ... uhhhhhhh lembatnya servis TmNet... tak pernah begini lama gangguan terjadi ...

Inilah secebis pengalaman "berperang" dengan TmNet ... Ambo memang tak suka guna "berukband" sebab semua jenis "berukband" ambo guna celcom ker maxis ker slow nak mampus .... ambo ni buke jenis sabar menunggu web yang slow dibuka ....



Mesra Selalu

Read more...

Koleksi Jam Portmeirion

>> Wednesday, December 9, 2009

Salam dan selamat pagi saing-saing smuo

Jeng jeng jeng...ni nak kuarkan isi kotak hok N3 yang di tunggu dah sampai, dah ada yg tak sabar-sabar nak nengoknya... Tapi Yatt dah boleh agak isi kotak tu hehehe.. alahaii saing saing adik kakok smuo... takdok ghapo hok pelik pun dale (dalam) kotak tu ... hanya 2 ketul jam aje! Menambahkan lagi koleksi jam cik port ambo aje... tak banyak pun koleksi jam cik port ambo ado...baru 3 ketul jah jam cik port.

Ini isi dale kotak tu... koleksi terbaru ambo
Nak buat guano ati doh terpikat nok kolek jam pulok. ..hahahahah kegilaan baru pulok bokali (barangkali).. meh kita teropong satu persatu..

Ini koleksi Botanic Roses Warm Wishes. Bunga roses ayu gitu walaupun hanya sekuntum .... cet perasann lerr...........Hok ni pulak koleksi Variations Rosa Canina... tengok bunga kat tepi ia tu menggoda betul keayuannya... terserlah kejelitaan dia kan hahaha
Koleksi Variation baru ado 2 jenis ... meh tengok..sama tapi tak serupa. Dua dua ayu, dua dua mempesona mata memandang .... curlass youuu (pinjam bahasa nyah heheh)Hok ni bertambah keayuannya bila disandingkan bersama jenisnya...
Aduhai cik abe ambo tanyo "Yang dah brapo bayok jam atah ghumoh ni?" Hehehehe ambo pon tok sekko(sangka) hobi terkini kolek jam pulok...jam cik port, jam Royal Albert, jam Vantage .... bunga bunganya mempersona mata memandang, hati siapa tak tergoda melihatnya.. tambah ambo hok memang aloh sokmo dengan bunga-bunga cun begitu... membazir kor??????????? huwaaaaaaaaaa betol ler oghe kato, ohge tino ni bayok gilo!!!


Mesra Selalu

Read more...

Bila sudah banyak....

>> Tuesday, December 8, 2009

Salam dan selamat pagi adik kakok

Dah sarapan pagi?? Kalu belum jom bersarapan dengan buah-buahan... leh diet tau...baik utk yg jaga body hehehe.... N3 ni saja nak kasi suspen saing saing hok dok meneka isi dalam kotak hahaha... N3 ni adalah aktiviti masa hari raya aidil adha lepas di kampung suami di Teluk Intan..

Sebenarnya tak rasa pun suasana raya kat sini ... lain benar suasana raya haji kat Kelantan ... kat tempat ambo raya haji sama meriah dgn raya poser ... Aktiviti adik bradik cik abe pada tengahari adalah ke dusun MIL yg tak jauh dr rumah... Memang dusun ni luas ya amat ...macam2 buah ada .. terlalu banyak hingga terbiar ... saujana mata memandang... hingga ada buah yang buruk. Buah durian buruk merata tempat... buah pulasan, rambutan dan dokong ranum di atas pokok. Sayang tengok... kalaulah dusun ni dekat di KB sahih boleh buat duit !!

Ni buah kegemaran ambo... pulasan..di Kelate meme (memang) payoh nok juppo buah ni.. kat dusun MIL ada 4 pokok, semuanya lebat berbuah hingga tak tahu nak punggut yg mana satu.. Geram tengok buah pulasan yang masak ranum... manisnya.... kalaulah pokok ni berada di KB alangkah bagusnya hehehePokok pulasan ni aje yg tak berapa byk buah ranum.. lelain pokok semua ranum campur burukBuah durian tak yah citer ler banyaknya ... yg buruk merata tempat.. giler kejap ambo pungut buah durian merata tempat ada ... nak petik pulasan terpijak durian, nak punggut rambutan juga terpijak durian .... alahaiiii bila bayok sangat gakkk jadilah begini .. hingga tak habis nak punggut dan makan! Berlonggok-longgok durian buruk...
Atas pokok pun masih banyak buah yang tak gugur .... ada berpuluh pokok durian di dusun ni
Inilah sebahagian hasil longgokan durian yang boleh dimakan...
Ni antara tukang punggut durian...sampai angkat serender tak larat nak punggut dah banyak sgt durian heheh cian Irfan (anak adik cik abe dok di KL) hari tu..tengok muka dah mabuk bau durian hehehe Pokok dokong ada banyak pokok juga di dusun ni.. juga banyak yang ranum di atas pokok, banyak yang dah buruk...Ni tukang panjat pokok dokong, adik cik abe yg dok di KL ... juga angkat surrender letih heheh Rambutan dusun ni besar besar...geram tengok ... adik cik abe main tarah aje dahan sebab terlalu byk satu2 dahan...Tengok buah ni..besar kan? MIL kata buah kacukan...Tengok syok dok punggut buah...hujan turun dengan lebatnya... terbantutlah nak cari lebih lagi... tapi ni lah hasil yang kami bawa balik dari dusun tu... boleh buka gerai buah di pasar malam hahahha
Beginilah bila dusun banyak tempat dan banyak pula buah tapi anak-anak semua dok jauh...tak ada siapa nak pungut..arwah FIL dulu suka berkebun, lepas balik mengajar terus dia berkebun .. terlalu banyak hasil hingga tidak termakan oleh anak cucu yang semuanya dok jauh dari Teluk Intan...


p/s ~ kepada yang dok menunggu isi kotak tu sabar no...nanti buat N3..ni nak ke Rantau Panjang jap..siapa nak ikut jommmmmmmmmmmm

Mesra Selalu


Read more...

About Me

My Photo
Menetap Di Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Ambo isteri orang, mommy kepada seorang hero tunggal. Berjawatan "Menteri Perumahan" bertaraf Tetap dan Berpencen.Berminat dengan koleksi antik dan english home decoration.

My Lovely Hero

My Lovely Hero

Arah Kunjungan

widgeo.net
Tetamu Terhormat
SPEEDCOUNTER.NET - free counter!

Blog Archive

Who's linking here???

Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!

  © MrsNor Hobi Hobi dan Kehidupan by bazarkelantan.com 2009

Back to TOP