Jahil ker Ambo Jika Ambo Tetap Yakin Ia Halal??
Salam Jumaat adik kakok
Tenguk ker tajuk N3 ari ni bukan main lagi kan?? Sajo ambo nok tanyo pada suara suara sumbang hok masih mempertikaikan hal bone china
Di hari jumaat yg mulia ini, ambo ado trimo email dari ustaz Mohd Khairil Anwar Abdul Latif untuk menyelesaikan permasalahan dan rasa was was ambo. Biarpun ambo yakin dah dengan penggunaan pingganmangkuk bone china ini, tapi jauh di sudut hati masih lagi berusaha mencari-mencari jawapannya sebab masih ada lagi suara yang mempertikaikannya lebih lebih lagi bila Berita Harian pada 24/7/09 menyuruh pengguna Islam lupakan saja koleksi Bone China.
Minggu lepas ambo hantar email kepada ustaz ini, dan hari ini, beliau telah balas email ambo. Untuk adik kakok smua...ni email ambo kepada ustaz Khairil
From: Mrs Nor
Subject: Bone China Haram
To: "mka_2705@yahoo.com"
Date: Monday, July 27, 2009, 11:30 PM
Salam ustaz
Merujuk kepada artikal ustaz di blog ustaz http://abusyuaib.blogspot.com/2009/03/bone-china-haram.html
sy jadi keliru pula dgn artikal yg baru keluar dalam Berita Harian
bertarikh 24 Julai 2009 Jumaat http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/Agama/20090723233840/Article/ .
Artikal ustaz kata tak haram
Berita Harian kata haram
Sy betul2 keliru sebab sy banyak juga lah pinggan mangkuk bone china ni.
Tolong sy clearkan permasalahan ini
Terimakasih
Nor Wahid
Kota Bharu
Kelantan
From: khairil anwar
Subject: Re: Bone China Haram
To: "Mrs Nor"
Date: Friday, July 31, 2009, 12:09 AM
wsalam.saya juga membaca apa yang disebutkan di dalam akhbar tersebut, dan secara jelasnya ianya memang keputusan yang dibuat oleh JAKIM menerusi majlis fatwa. dan tulisan saya ini juga kertas kerja yang dihantar ke majlis fatwa tetami mereka tetap mahu memakai hukum haram tanpa ada perbincangan yang mendalam...
maka kertas kerja ini juga dibincangkan di dalam majlis fatwa Perlis dan majlis fatwa perlis mengambil keputusan mengharuskan penggunaannya berdasarkan alasan yang saya kemukakan di dalam kertas kerja ini.
Antara Ahli dalam majlis fatwa Perlis ketika itu diketuai oleh S.S Dr Mohd Asri Zainul Abidin (mufti Perlis sebelum ini), Dr Juanda Jaya (mufti perlis sekarang), Prof Madya Dr Radhi Othman (USM), Dr Azwira Abdul Aziz (UKM), Dr Abdullah Yasin,
di dalam akhbar tersebut menyatakan bone china menggunakan tulang babi, wallahu a'lam sepanjang yang dikaji ia menggunakan tulang lembu...dan perbahasannya ialah di bawah tajuk samak...
Insya ALlah saudari boleh memakainya dan tak perlu untuk dibuang wallahu a'lam
Ambo tahu ramai saing-saing yang kolek bone china lama dah yakin penggunaanya, tetapi masih lagi ada suara-suara sumbang mempertikaikannya tambah-tambah bila ambo dan saing-saing dok tayang RA ... nanti janganlah ado hok mari jale (jalan) ghumoh ambo, bilo ambo hidang dengan set bone china, tak sudi makan lak huhuhu
Mesra Selalu











13 lovely comments:
as'laikum kak nor..salam jumaat yg mulia..saya sama macam kak nor, walau pun saya belum ada koleksi "fine bone china" dan akan juga memilikinya, berasa ragu2...tapi pada saya, jika kita tak was2 dalam menggunakannaya, jadi gunakan lah sebaik mungkin....syabas untuk usaha kak nor nie.....
aduhhhh sayang nya kalau terpaksa dibuang...
seelok-eloknya bertanya la kpd yg arif kan kak, tahniah atas usaha akak utk mendapatkan penjelasan
Mat~ w/salam. Setuju dgn mat. Sebab yakinlah akak terus guna
esKay~ memang sayang nak buang sebab tu akak nak puaskan hati, ilangkan keraguan, usaha cari penjelasan.
thanks kak nor atas usaha akak sharing info ni.. ;)
Ifa~ sesama peminat bone china mestilah kongsi info :)
akak pun minat..tapi tak padan dgn rumah akak..heheh
Khaty/sarah ~ iya lah tu tak padan dgn rumah...tak cayer ambo ...
Salam Sis, rasanya isu ini akan tidak ada kesudahannya kan. Mereka lagi suka memandang serong daripada berusaha mencari jawapan yang sebenar..itu lebih mudahkan..*wink*.
Salm ~ w/salam. Seperti yg ustaz kata ler mereka tetap mahu memakai hukum haram tanpa ada perbincangan yang mendalam.
Salam kak.Isu bone china mmg dah lame, hinggakan ada kawan saya yg balik Malaysia berputih mata tak beli Royal Albert di UK.3 tahun lepas saya ke kilang Royal Albert/Doulton di Stoke on Trent.Saya tanye pada representative kilang tersebut pasal bone ash yang digunakan untuk buat bone china.Beliau hairan bila saya kata tulang babi dan kata di sane mereka guna tulang lembu.Selain itu, ada kilang yg dah pakai calcium phosphate menggantikan tulang lembu yg mahal dan sukar didapati untuk production yg banyak.Mungkin di kilang Royal Doulton di Indonesia pun dah pakai chemical (saya tak pasti).Kebanyakan bone china made in England pakai tulang lembu, itu yg saya tahu.tp kalau ada sesiapa boleh double check wegdewood atau Aynsley pakai tulang apa.Saya tak nafikan mungkin ada yg pakai tulang babi, tp perbahasan tentang isu ini perlu dipanjangkan lagi bukan sekadar membuat kesimpulan yg mudah.Thanks kak nor kerana berkongsi info ttg isu ni.harap dpt membantu.salam dari UK.
Mummy London~ Terimakasih singgah di blog akak dan berkongsi info mengenai bone china.
Lega sangat kan Kak Nor bila ada penjelasan macam nie.. saya dulu pon was² jugak.. takut tulang babi.. huhuhu
Salam Ramadan Kak Nor
Saya minat dengan english/french design dan ada sedikit koleksi Royal Albert dan Portmeirion. Saya beli sedikit sewaktu tinggal di UK. Saya banyak baca dan memang mereka mengunakan Cattle Bone, jika dulu lembu yang di gunakan ialah lembu besar berbulu tebal itu. Bawah saya paste kan email yang saya terima kerana bila pulang ke Malaysia isu Bone China masih di katakan haram lalu saya mengambil keputusan menulis terus kepada Portmeirion.
Salam geenasofea
http://muslimahprincipessa.blogspot.com
Hello Mrs Samin,
Thank you for your email, regarding Fine Bone China.
I can confirm that the ‘Bone Ash’ used in our Bone China products is made from Cattle bones.
Yours sincerely
Pp L. Shaw
Andrew Tomlinson, MIM, LRSC, LIQA, AMICT
Technical Services Manager
Lorraine Shaw
Technical Services Administrator
Portmeirion Group UK Limited Email: lshaw@portmeiriongroup.com
Address: London Road, Stoke-on-Trent, ST4 7QQ, England
Direct Tel: +44 (0) 1782 743408
Fax: +44 (0) 1782 744061
www.portmeiriongroup.com
Please consider the environment! Do you need to print this email?
--------------------------------------------------------------------------------
The information in this e-mail and any attachments to it is confidential and may be legally privileged. It is intended solely for the addressee(s) and others authorised to receive it. If you are not the intended recipient, you should not disclose, copy or distribute this e-mail or any attachments and should not take any action in reliance on them. If you have received this e-mail in error please notify the sender immediately by replying to this message and destroy any copies you may have. E-mail communications cannot be guaranteed to be secure or free from errors since they may be intercepted,corrupted or, despite our reasonable steps to identify them, contain software viruses. Portmeirion will not accept any liability for loss or damage arising in any way from receipt of this e-mail or use thereof. This e-mail is attributed to the Sender and may not necessarily reflect the view of Portmeirion Group PLC, its subsidiaries or associates. Portmeirion Group PLC. Registered in England & Wales No. 124842. Registered office: London Road, Stoke-on-Trent, ST4 7QQ
Post a Comment