bila pintu dah dibuka ..... rumahku syurgaku part 2  

Posted by: MrsNor in


Salam dan selamat male adik kakok smuo

rupanya ramai peminat dekor english style tak berani nak jawap pertanyaan kawan ambo kat sini.. tak per... sebab ambo faham...sendiri tahu ler jawapan hehehehehe ...

Ok sebelum tidor, ambo buat sambungan untuk n3 bila pintu dah dibuka...rumahku syurgaku part1.. hok ni di ruang tamu kedua ... ruang ni pun seperti ruang tamu utama, jarang sangat sangat kami sekelurga dok lepak di sini ... adik ambo cakap..bilik pamiran aje ruang ni hahahhaha ... kalau kat ruang mula2 tu semua set putih..kat ruang ini pula set jati yang dah bertahun usianya.. konsepnya biasalah carca marba bubur lambok ... janji sedap mata memandang. Sedap mata memandang bagi mata ambo ler... oghe lain nak kato ghapo ( kata apa) pun biar gi lah sebab kita hok dudok ghumoh kito kan???

Masuk ke ruang ni tetamu disambut dengan tombak/lembing ... Tv tu hiasan aje ...jarang-jarang ter"on" sebab dok lasak tv kat family room..Style kampung ulu kan kat sini???

Kalau ida merpati66 suka ternak ayam.. kita pulak suka kutip telur ayam.. meh ida tengok telur ayam kita..cantik oooo.. telur ayam kita pun boleh naik dinding cam ayam ida juga hehehehe...tapi telur ayam kita berbagai corak dan bunga tauuu...belum tentu ayam ida ternak tu boleh bertelur cam telur kita hehehhe jangan marah iyer ida merpati Mana dia silent reader akak tu ... Azli oo Azli dok menyorok kat mana? Belakey (belakang) sofa putih tu kor?? Meh ler masuk alahgini (bahagian ini) pulok.... ambik lembing tu ... kita bersilat berlembing lak ...

Ok nanti kita sambung ke bahagian lain lak ... bahagian lepak kami sekeluarga ...



Mesra Selalu

bila pintu dah dibuka ..... rumahku syurgaku part 1  

Posted by: MrsNor in

selamat malam

nak tergelak ambo bila terima SMS dari azli Klang....

kak nor dah masuk nak dok kat mana? xkan kat muka pintu aje. Kerusi meja x ada.Tunjukler kat dalam rumah tu.. nanti blh lah sy pilih mana nak dok
hehehe nakal sungguh Azli ni ... nak kena tunjuk bahagian dalam pulak ker?? Ishh dah ada kat dalam ni, akak tunjuk bahagian rumah akak .... tapi untuk tidak menghampakan silent reader, dengan muka tak malu ambo tunjuk juga sebahagiannya.....rumah stinggan pinggir bandar Kota Bharu dengan hiasan fenin mabuk carca mamba. Kak InaKL, Nassir, Azlina antara blogger yang telah bertandang ke ghumoh ambo, tentu dah jemu tengok gambar2 ni ..... sama aje kan????

Kita mula dengan ruang tamu utama ... buka pintu tu...terus jumpa bahagian ni .. Ramai yang tanya, semua perabut putih letak kat sini tak bimbang kotor ker? Sebenarnya ruang ni hanya digunakan bila ada tetamu datang... kami sekeluarga lepak kat ruang family.. jadi sofa putih tu tak ler comot sangat.. Slekey ler Azli pilih nak dok kat mana??? Ghumoh ambo memang banyak kerusi hahahhaha .... mau tak banyak sebab ada 3 ruang ...

ruang tamu utama... cantik di mata kita tak semestinya cantik di mata orang lain!
Seorang kawan yang bertandang ke rumah ambo, bertanyakan ambo...
Kenapa iyer rumah rumah orang yang dekorasinya english style, banyak pingganmangkuk dok pamer...semacam masuk kedai pinggan mangkuk pun ada. Tengok dalam majalah tempatan, sama aje style dekorasi english ni..dok pamer pingganmangkuk. Lepas tu penuh dengan bunga-bunga... Apa gitu ker hiasan umah umah mat salleh kat obersi???
Uhhh terngaman jugok ambo nok jawab wehhhh soklan tu ??? Jadi kepada semua saing-saing yang minat dekorasi english style sila jawab kenapa/bakpo/why ini terjadi??? Cuba intai rumah kalian sendiri, betul ker tak apa yang kawan ambo cakap tu??? Rumah kita semacam kedai jual pingganmangkuk ker??? Tapi terus terang ambo cakap semasa ambo dok kat US dulu, bertandang ke rumah kawan2 mat salleh memang dekorasi mereka simple dan moden kontemporari! Mungkin Fa dan juga K.Shida yang hidup di UK dan Amy di Germany atau Min di Norway boleh jawab bagi pihak rumah mat saleh di sana .....

Ok ... setakat nie aje untuk malam ni...nanti esok esok tunjuk ruangan lain pula .... moga Azli masuk berehat kat ruang tamu utama dulu lerrr hahahhahaa




Mesra Selalu

Slekey masuk...pintu dah buka  

Posted by: MrsNor in

Salam adik kakok saing-saing smuo

Jemput masuk semua, khusus buat Melur di setiawangsa, Azli di Klang, Yatie di shah alam, Mie dan Sham di Kl, yang SMS tanya kenapa blog tak leh masuk. Paling tergelak baca SMS Melur ni ...

askm akak. Napa blog akak xleh msk? Sya ni rabun komputer klu d ubah2 terus sya jadi buta komputer. Sya suka tgk blog akak, klu dah xblh tgk ilang 1 nikmat. Maaf klu ayat sya kasar... Melor s'wangsa ( bahasa SMS Melur tanpa ambo ubah satu pun)
Hehehe Melur..... ketawa akak baca SMS ni ... kelakar tang rabun & buta komputer tu dan ilang1 nikmat hehhehee. Akak pun buta komputer Melur..gara-gara buta komputer ler akak kena tutup sementara blog tu heheheh

Memang blog ini ditutup sebab pada mulannya nak ubah blog ni ke template baru.. kononnya template baru tu cun ler di mata ambo... tapi bila dah siap semua ... tak cun pun..... hampeh!! aduhhh kena ubah balik ke template lama... Letih aje ... padan muka kan tak ada kerja cari kerja! Ni gara-gara buta komputer tapi berlagak pandai hahahahhaa

Jadi untuk silent reader khususnya peminat antik duit tu ( kaum adam yg SMS tu), masuk ler blog ambo, tilik tenung ler duit2 lama hok demo cari tu, kalau ada berkenan cam biasa ler kita main SMS heheheh ..... kalau setuju kita bertukar tangan .....




Mesra Selalu

Minta Tolong Undi Browser  

Posted by: MrsNor in

Salam adik kakok

Nak minta tolong sangat sangat dari adik kakok saing-saing semua yang melayari blog sy ni, sila undi di kotak sidebar belah kanan atas sekali jenis browser yang anda guna ketika masuk ke blog ni. Ini kerana sy hendak upload template baru tetapi ada masalah sikit.

Bila tengok menggunakan browser mozila firefox, opera dan google chrome, template baru itu cantik dan elok sahaja. Tetapi bila ditengok melalui browser Internet Explorer jahaman terus template tu huduh tak terkata. Puas dah adjust tapi still tak berfungsi melalui browser Internet Explorer. Sy nak sangat ubah blog ni dengan template yang baru tu. sebab cun sangat di mata tua ambo ni. Jadi sy minta sangat sangat adik kakok yang tiap hari masuk blog sy ni sila undi iyer.


Didahului dengan ucapan ribuan terimakasih kepada yang sudi undi.
Undian dah selesai ~ update 14/11/09. Terimakasih kepada semua yg sudi mengundi


Mesra Selalu

Jala Mas & Puding Raja  

Posted by: MrsNor in

Salam semua

N3 kali ni pun pasal makanan...almaklumlah disebabkan hujan, perut nak makan sokmo. Jadi ambo nak tinggal kejap citer pasal antik pasal dekorasi tapi ambo nak citer pasal makanan aje dalam musim hujan ni .... tu lahh juga tandanya ambo ni kuatnya makan hahahahha..

Jala mas memang terkenal di Kelate ni ... tapi tak semua orang suka makan sebab rasanya agak manis. Ambo pun tak brehi juga jala mas ni kalu makan gitu aje, biasanya jala mas ni, ambo buat puding raja... lemak manis jala mas dengan rasa pisang tu menambahkan selera nak makan. Puding raja ni tersohor di Kelate dan Pahang saja kalau tak silap ambo.
Tak susah buat puding raja ni .. kejap aje dah jadi...rasanya juga sedap. Jom masak puding raja utk hidang petang hari ini...
Puding Raja
Bahan-Bahannya
15 biji pisang lemak manis/pisang tanduk separuh masak
6 Keping jala mas
buah ceri merah/hijau
1 cawan tepung kastad - ditapis
750 ml air
2 cawan susu segar dutch lady
1 cawan gula castor
2 bii telur merah
1 sudu esen vanila
sedikit garam

cara-caranya
1. Pisang digoreng dengan minyak hingga brown
2. Campurkan semua bahan kastad, susu segar,air,gula, telur dan garam, dalam periuk ,pukul sebati
3. Masak di atas api sederhana, kacau agar tidak berketul hingga likat
4. Angkat dan curah dalam bekas
5. Atur pisang secara tanam/tekan hingga hampir dasar bekas.
6. Ratakan.Taburkan jala mas yg telah dilerai , kemudian hias dengan ceri. sejukkan dalam peti ais.

Mungkin ada yg bertanya tak ada jala mas, leh buat ker puding ni? Boleh tapi rasanya lain ler sikit kot ... Ambo tak pernah buat puding ni tanpa jala mas ... Di bawah ni cara-cara buat Jala Mas ...
Jala Mas
Bahan-Bahan
10 biji kuning telur ayam
5 biji kuning telur itek
½ kilo gula
½ kilo air
6 kuntum bunga cengkih
5 helai daun pandan
sedikit pewarna lemon yellow

cara-cara
1.Masakkan air dengan gula, bunga cengkih dan daun pandan dalam kuali besar, sehingga mendidih ( naik buih-buih halus). Buangkan daun pandan dan bunga cengkih. Kecilkan api .
2.Dengan menggunakan tangan ramas telur hingga hancur.
3.Kemudian tapis dengan kain nipis
4.Campurkan sedikit lemon yellow, kacau hingga rata.
5.Masukan aduan ke dalam acuan. Kalau tidak ada acuan, boleh guna daun pisang, bentukan ia semacam kun(bungkusan) dan gunting sikit hujungnya.
6.Jurai keliling kuali dalam air gula tadi ( sama spt buat roti jala) lebih kurang 40X keliling.
7.Biarkan seketika (lebih kurang 20 saat) utk masak adunan telur dengan api sederhana
8.Bila nampak masak, curahkan sedikit air utk mengangkatnya dgn cara kaut semua adunan telur tadi menggunakan lidi. Kemudian lipat. Siap utk dimakan.


Selamat mencuba .....


Mesra Selalu

Siput Belitong  

Posted by: MrsNor in

Salam kembali ...


Ada orang panggil siput sedut, ada orang panggil belitung... apa pun panggilan terhadap benda alah ni, ambo brehi (suka) sangat sangat .... Kalu kat Klate siput jenis ni susah nak jumpa ... sebab siput yang ada kat Klate ni jenis kecik-kecik siput baruh tu ... dulu dulu siput belitung ni, ambo makan masa kelik Teluk Intan jah, sebab dennu (di sana) memang banyokk .. tapi lor ni sejak ada TESCO tak jadi masalah dah..... rasanya di Klate ni siput belitung ni hanya ada dijual di TESCO jah.. sebab ambo tok pernah tengok siput ni dijual di mana-mana pasar or tepi jalan baruh di Klate ni...

Bukan mudah nak makan siput ni..tapi disebabkan brehi sangat, hok susah jadi senang... dua tiga peringkat kena proses sebelum boleh masuk perut hehhehe

Siput yang belum dicuci...penuh selut/lumpur ... satu persatu kena bersih
Dah siap bersih semua ... kena potong hujung pulak, kalau tidak tak kuar dia bila disedut
Yang ni dah siap potong, kalau tak kena potong pun nanti sedut tak kuar juga ..ish ishh susahnya nak boleh masuk perut.. Dah siap potong bolehlah gulai...aroma daun kadok campur daun limau purut, nyoir goreng dan rempah goreng, betul betul menaikkan selera.. ratah aje pun sedappp ... tak sedar habis sepinggan....Ada yang tak makan siput ker??? Saing ambo jijik nak makan sebab tengok rupa ia, ambo oyak hilang satu nikmat dunia hahahahah.. rugi tak makan ... sodapppppp siput ni tauuuu
Atas permintaan Inna merah samar, ni resepinya ...

Bahan-bahan
1 kilo siput belitung - bersihkan
3 cawan santan
6 ulas bawah merah *
2 ulas bawang putih *
1 inci kunyit hidup *
1 inci lengkuas *
sepiring nyoir digoreng *
2 sudu kecil ketumbar digoreng *
2 biji cili api + 3 biji cili kering *(kalau nak pedas tambah lagi ler)
2 keping asam gelugor
daun kadok
daun limau purut
garam/gula

cara-cara
1. Blender semua yang bertanda *
2. Campurkan dalam santan bersekali dgn daun kadok, daun limau purut dan asam. Jeram atas api.. bila gelegak masukkan siput.
3. Rasakan masin manisnya ... jangan terlalu lama di atas api nanti tak kuar siput tu masa sedut.

Senang jea kan nak masaknya...cuma lamanya dok cuci siput tu aje ....



Mesra Selalu